Monday 21 May 2012

Terasa tarbiah dan pentadbiranmu



Tuhanku!
Didalam cahaya bulan mengambang
Malam terang
Di dalam terang cahaya matahari siang
Dunia terang
Di angin sepoi-sepoi bahasa yang nenyegarkan badan
Badan segar
Udara yang disedut setiap detik
Nafas turun naik dada lapang
Embun yang menitis, hujan yang turun
Menghijaukan bumi
Terasa kuasa dan nikmatmu.

Tuhan!
Pada gunung-gunung yang tersergam indah
Pada lautan yang luas saujana mata memandang
Anginnya yang menderu
Ombak menggulung dan menghempas
Melambung dan memulas
Alam yang indah
Pergantian malam dan siang
Terasa tarbiah dan pentadbiran-Mu

Tuhanku!
Di waktu angin yang menggila
Memusnahkan apa sahaja
Gunung berapi yang meledak
Bertindak mengeluarkan laharnya
Laharnya mengalir merah bak darah..

No comments:

Post a Comment