Tuesday 8 May 2012

lobak merah ku..


Dalam banyak-banyak sayur, lobak merah paling saya suke coz banyak nutrition yang ada dalam lobak ni..
Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah :

1. Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.


4. Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.

5. Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

Di sini juga saya nak share cara nak wat cekedok lobak merah..emm, sedap.. x percaya? cube buat.. senang je, bahan-bahan jugak x banyak.. selamat mencube.. =)
Cekodok Lobak Merah
Sumber:Rahel


Bahan:
1 batang lobak merah (180g),dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 cawan gula pasir
2 biji telur
1/2 cawan air
1 sudu besar susu tepung/serbuk krim kelapa
secubit garam

Cara:
1.Kisar lobak merah,air dan telur sehingga hancur.
2.Tuang ke dalam mangkuk,tambahkan bahan yang lain,gaul rata.
   Perap adunan selama 30 minit.
3.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali,ambil sedikit adunan guna tangan,
   kemudian punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api perlahan
   hingga perang.Angkat dan toskan.

Pesan:
*Kalau tak pandai punjutkan adunan guna tangan,gunakan sudu kecil.
*Oleh kerana adunan ini mengandungi soda bikarbonat + serbuk penaik maka
  adunan mesti diperap terlebih dulu selama 30 minit sebelum digoreng untuk
  mengelak cekodok pecah ketika digoreng.

TIP* Apabila membeli lobak merah atau carrot pilih yang berwarna gelap kerana lebih mengandungi Beta Karotean berbanding yang berwarna cerah.Tua lebih baik daripada yang muda.

Beta Karotena adalah antioksida yang diubah menjadi vitamin A apabila berada di dalam tubuh.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Seperti mana yang kita tahu ,sayuran lobak merah baik untuk mata, dapat menyembuhkan sembelit,asma,masaalah gigi,kesukaran tidur,memperbaiki kesihatan rambut,kulit dan kuku.. =)

No comments:

Post a Comment