Saturday 24 March 2012

Never Give Up!!



"Sesungguhnya kebahagiaan adalah rahsia di sebalik kerelaan, ketenangan dan rasa aman serta ceria. Untuk terus berasa tenang dan bahagia, terima seadanya apa yang telah berlaku dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kejayaan daripada kegagalan dan kekecewaan yang dilalui"
    REMEMBER..Hidup ini kesinambungan ujian yang berterusan. Jangan menyangka hanya kita yang diuji..tetapi semua manusia ada habuan masing-masing. Biasalah, kita hanya nampak pelangi yang ada di atas kepala orang lain. Padahal, setiap kali kita diuji adalah pada titik kelemahan masing-masing.. =)

Sunday 11 March 2012

The Holy Quran..


Andai Al-Quran bisa bicara, ia akan berkata : "waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku, dengan wuduk kau sentuh aku..dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..Apakah aku bacaan usang ? sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri..Aku menjadi kusam dalam almari..berlapis debu, dimakan kutu, ku mohon peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari..kerana aku akan menjadi penerang kuburmu!!