Saturday 5 May 2012

Sains Di Sebalik Mimpi=)


Sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali kita tidur, kita akan bermimpi. Menurut kajian, setiap manusia (dan haiwan) bermimpi lebih daripada sekali pada setiap malam. Malah, orang yang buta turut mimpi, dijana daripada penglihatan – mimpi mereka adalah gabungan sentuhan, pendengaran, deria rasa dan bau.
Dikatakan sepanjang hayat manusia biasa, enam tahun daripadanya akan dihabiskan dengan mimpi setiap kali tidur lebih kurang 25% daripada waktu mimpi. Ada yang tidak dapat mengingati mimpi mereka sebaik  sahaja bangun tidur, tetapi ada pula mengenangkan mimpinya berhari-hari terutamanya mimpi itu buruk. Sehingga memberi gangguan dan memberi tekanan fikiran. Segelitir dan lain turut cuba menilik mimi mencari ertinya.
Walaupun besar sekali pengaruh mimpi kepada manusia seharian, banyak lagi yang belum diketahui tentang fenomena ini. Saintis turut belum dapat memastikan fungsi tidur dalam hayat fungsi mimpi. Penyebab yang mencetuskan mimpi pun hanya baru ditemui lima dekay lepas. Sebelum penemuan tersebut mimpi dikatakan sebagai mainan tidur, gangguan makhlut halus, dan dimensi ghaib yang hanya boleh diterokai sewaktu lena.
Mengikut definisi sains, mimpi adalah adunan sensasi deria yang dialami sewaktu tidur. Sensasi tersebut selalunya melibatkan stimulus dalam bentuk visual, emosional ataupun verbal. Kadang-kadang, gabungan sensasi tersebut melahirkan sebuah jalan cerita realistic yang boleh difahami tapi adakala nya, pelik dan mengelirukan.
Sejak berkurun lampau, ilmuan dan saintis cuba mentafsirkan apa-apa yang tersembunyi disebalik cerita-cerita realistic mahupun pelik ynag terhasil dalam mimpi. Pada waktu perang, Nabi Muhammad saw juga dikatakan menyoal para sahabat akan mimpi mereka bagi mentakwilkan  tatacara pertempuran. Malah manusia, masa hadapan apatah lagi memahami dan mengatur keputusan.
Ahli-ahli psikologi seperti Sigmunt Freud dan Carl Jung pula menggunakan pendekatan psikologi bagi mencari makna mimpi. Menurut mereka, mimpi adalah koleksi symbol yang digunakan oleh minda bawah sedar bagi menyalurkan maklumat kepada kita. Adakalanya perkara yang mahu diutus itu memang sudah di ketahui jauh di sudut hati, tetapi tidak mahu mempercayainya. Hanya pemikiran bawah sedar yang mampu menyampaikannya kepada kita.
Sebetulnya begitu banyak idea dan penemuan dalam sejarah telah disampaikan oleh minda di bawah sedar melalui mimpi.
bersambung..=)

No comments:

Post a Comment