Sunday 13 May 2012

Buat bumi PALESTIN...


Pagi ini langit menjadi gelap
mendung kian menebar
terdengar letupan berkumandang
percikan bunga api bersorak
menghiasi dada langit

Bumi bermandikan darah
jasad di ledakkan dengan rakus
menebarkan segala kesengsaraan
kezaliman mengisi tanah pusaka
inilah bumi kami

Mereka begitu rakus
memetik insan yang tak berdosa
menguburkan tanpa bertempat
Inilah Israel durjana...

Allah telah menjanjikan dalam beberapa ayat al-Quran (al-Imran:160) bahawa jika Allah menolong kita mencapai kemenangan maka tiada siapa yang dapat mengalahkan kita dan di dalam surah as-saff : 9

Allah menjanjikan kemenangan untuk Islam mengatasi sistem-sistem kehidupan yang lain. Malah salah satu surah dalam al-Quran (al-Fath) dinamai dengan kemenangan. Ini adalah janji Allah yang telah menciptakan manusia.

Ini bermakna, Islam pasti tegak kerana Islam adalah keperluan manusia dan manusia tidak akan dapat hidup ke peringkat yang tertinggi sebagai manusia tanpa Islam.

No comments:

Post a Comment