Saturday 14 April 2012

C!ntAi iLAhi..



TIP DAPATKAN CINTA ILAHI
v  Ikutlah atau berusaha mengikut sunnah Rasulullah saw daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar urusan.
v  Jadilah insan yang soleh (baik) dan juga musleh (menjadi agen kepada kebaikan).
v  Berlaku adil dalam setiap perkara sama ada sebagai anak, isteri, suami, ibu dan bapa.
v  Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan bimbingan dalam kehidupan.
Rasulullah saw mengajar kita doa,maksudnya: “Wahai ALLAH, kurniakan kami kasih pada-Mu, cinta kasih kepada orang-orang yang mengasihi-Mu, dan cinta kasih kepada setiap amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu”.
Kasih cintakan ALLAH bermaksud manusia menyedari dan menginsafi dirinya sebagai makhluk manusia dan Tuhannya,Allah sebagai Al-Khaliq. Manusia mengerti bahawa dirinya sentiasa berhajat kepada pimpinan dan inayat ALLAH SWT. Manusia memahami bahawa dia sentiasa mengharap bimbingan rahmat dan rahimNya. Cintakan ALLAH menjauhkan manusia daripada sifat sombong, angkuh dan bodoh.
Masih ingatkah anda dengan kata-kata “cinta kepada bunga, bunga akan layu..cinta kepada manusia, manusia akan mati..cinta kepada ALLAH,adalah cinta yang abadi..”

Manusia yang menyintai ALLAH akan sentiasa merindui-Nya pada setiap detik yang berlalu. Menanti-nanti saat azan berkumandang agar dapat ‘bertemu’ dengan kekasihnya.. bibirnya sentiasa basah menyebut nama-nama-Nya..mengingati-Nya di kala senang dan susah, duduk dan bangun, sakit atau sihat..mensyukuri setiap nikmat yang di berikan samaada sikit atau banyak..
ALLAH sebagai Al-Khaliq iaitu suatu zat yang Maha Menjadikan memang seharusnya dicintai dan dikasihi. Cinta kasihkan ALLAH menjadikan jiwa tanteram dan aman damai..percayalah!

No comments:

Post a Comment