Wednesday 11 April 2012

13 WASIAT LUQMAN AL-HAKIM


1.       Jangan terlalu mudah ketawa, jangan berjalan tanpa tujuan, jangan bertanya tanpa guna dan jangan sia-siakan harta dunia yang ada.
2.       Jangan cenderung kepada dunia.
3.       Jangan bersahabat kerana sesuatu hajat.
4.       Untuk mencari teman sejati, ujilah daya kemarahannya.
5.       Makanlah bersama orang bertaqwa dan bermusyawarah bersma orang alim.
6.       Ketahuilah bahawa memindahkan batu berat lebih senang dari memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu memahami.
7.       Jiran yang jahat adalah lebih berat dari megangkat besi yang berat.
8.       Takutkan ALLAH sebenar-benar takut kerana anda akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.
9.       Jauhilah diri anda dari hutang kerana ini akan menjadikan diri anda hina pada waktu malam dan  siang.
10.   Marah orang tua anda ibarat siram air kepada tanaman yang kering kontang.
11.   Orang yang tawaduk kepada ALLAH adalah orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri semasa beibadat.
12.   Orang yang bersedia diberi nasihat dan selepasnya dia insaf akan mendapat kemuliaan dari ALLAH.
13.   Dunia ibarat lautan dalam banyak manusia karam, jika ingin selamat, naiklah bahtera yang bernama TAQWA, isinya adalah IMAN,layarilah dengan TAWAKAL..

AKU MALU UNTUK MENEGUR PERKARA MUNGKAR
Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu manegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang lain, tak perlu jadi ‘busy body’. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alas an lain untuk tidak menegur. Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kabaikan.
PERSEPSI DIRI YANG SALAH
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang berauthoriti. Serahkan sahaja kepada pak imam, ustaz atua ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum sepeti nabi Muhammad saw. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.
KEWAJIPAN NASIHAT MENASIHATI BUKANLAH UNTUK ORANG TERTENTU
Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dna terburu-buru, seringkali diruntun oleh gerodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam diri sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamatnya kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan hubungan sesama manusia, bahkan menyebar barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. ALLAH memberitahu di dalam al-Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang Berjaya. (surah ali imran : 104). Golongan yang disebutkan  menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-dakwah; adalah orang islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegha kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadis atau ayat al-Quran yang kadangkala mad’s(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya. Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hait kadangkala lebih Berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata..
ALLAH MELIHAT USAHA KITA
Pastinya ALLAH tidak melihat kepada natijah usaha kita. Maka , marilah nasihat-menasihati sesame kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar..wasalam =)

No comments:

Post a Comment