Thursday 5 April 2012

IBUKU..



Ibuku adalah insan
Yang menerangi seluruh hidupku
Penat lelahmu mengasuhku
Dari dulu sehingga kini
Takkan kusia-siakan begitu sahaja

Ibuku
Kau satu dalam beribu
Tiada lagi insan sepertimu
Yang kuperlu dalam hidupku
Kerana kau penentu kebahagiaanku

Ibuku
Suatu ketika dahulu
Saban hari aku manatap wajahmu
Membantu setiap yang kau laku
Tetapi kini kita terpisah beribu batu
Dan disini aku amat merindui
Lantaran itu aku berazam padamu
Segulung ijazah akan ku bawa untukmu
Supaya pengorbananmu dapat kutebus

Ibuku
Aku berdoa pada ilahi
Semoga dirimu sentiasa dirahmati
Semoga dirimu sentiasa dilindungi

Ibuku
Masih ku ingat ketika itu
Didalam kegagalan dan kehampaan
Aku umpama tiada harapan lagi

Namun,
Ada insan yang setia di belakangku
Memberiku inspirasi dan harapan

Aku tahu..
Pilu dan hampa membalut dirimu
Namun kau terus memberikanku semangat
Agarku tidak berputus asa dengan kegagalan ini

Insya-Allah
Aku berjanji
Akan kugantikan kegagalan itu dengan sebuah kejayaan
Aku berjanji..Aku berjanji..

Dan kuberharap
Kau mengerti erti perjanjian ku ini

Ibu
Kaulah harapanku
Kaula inspirasiku
Kaulah segala-galanya bagiku..
Terima kasih Ibu

No comments:

Post a Comment